12 Ogos 2013

PESTA BUKU TERBESAR NEGERI KELANTAN 2013

Bermula dari 26 Ogos 2013 hingga 01 September 2013

7 hari berturut-turut, dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari,

Bertempat di Dewan Jubli Perak, MPKB BRI, Padang Perdana, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan PUSTAKA dengan kerjasama smo bookstore.








14 Mac 2012

Hadiah Istimewa Sempena Pesta Buku Terbesar Di Kelantan


Believe it or not!
Ini lah dia hadiah - hadiah
yang bakal anda menangi
dengan hanya membuat pembelian
SERENDAH RM 10.00.


Dengan setiap pembelian RM 10.00, anda layak mendapat sekeping kupon cabutan hadiah istimewa!!!.

Jangan lepaskan peluang anda!!!

Pesta Buku Terbesar Di Kelantan Kembali Lagi




Pesta Buku Kelantan 2012 anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan dengan kerjasama Persatuan Perpustakaan Sekolah Sekolah Kelantan (PUSTAKA) dan di taja oleh Syarikat Muda Osman Sdn Bhd kini kembali lagi.


Kembali menemui anda di Dewan Jubli Perak MPKB BRI pada 28 Mac 2012 sehingga 03 April 2012 dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 malam setiap hari. Nantikan aktiviti - aktiviti menarik khas untuk anda di Pesta Buku Terbesar Di Kelantan 2012.

28 Februari 2009

PESTA BUKU KELANTAN 2009 KALI KE 34

Pesta Buku Kelantan 2009 kali ke 34 adalah anjuran Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (PUSTAKA) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd., rangkaian kedai buku dan alatulis serba lengkap milik bumiputera di Negeri Kelantan Darul Naim.

Pesta Buku Kelantan 2009 akan berlangsung selama 7 hari berturut-turut iaitu dari 29 Mac 2009 hingga 04 April 2009 di Dewan Jubli Perak MPKB (Padang Perdana), Jalan Mahmood Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Lebih 50 penerbit buku dari seluruh Negara termasuk penerbit dari Singapura akan menyertai Pesta Buku Kelantan 2008 yang terdiri daripada Pearson (M) Sdn. Bhd, Dawama Sdn. Bhd., Sasbadi Sdn. Bhd., Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Oxford Fajar Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

Pemberian diskaun dari 10% hingga 70% akan diberikan ke atas judul-judul buku yang terpilih.

Berbagai-bagai jenis buku yang berkualiti akan dipamer dan dijual di Pesta Buku Kelantan 2009. Buku-buku akademik dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, buku-buku pusat sumber sekolah, buku-buku professional, buku-buku umum dan buku-buku import akan dipamerkan dan dijual.

Buku-buku jualan murah yang berharga di antara RM 0.50 sehingga RM 3.00 senaskhah akan ditempatkan di bawah khemah “lelong@pestabuku” bagi menarik pengunjung ke Pesta Buku Kelantan 2009.

Pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan semasa berlangsungnya Pesta Buku Kelantan 2009 seperti cabutan bertuah dan hadiah misteri untuk pengunjung yang hadir.